Jumaat, 18 Mac 2011

NEPHROTIC SYNDROME VOL 02

saje nak share pasal nephrotic syndrome
credit utk http://kumpulanperubatanelektronikterengganu.blogspot.com/2011/03/nephrotic-syndrome.html


NEPHROTIC SYNDROME



Nephrotic Syndrome adalah satu penyakit yang berkaitan dengan buah pinggang. Di dalam buah pinggang yang normal, glomeruli sejenis penapis halus di dalam buah pinggang, berfungsi untuk yang menghalang albumin (sejenis protein) daripada keluar ke dalam air kencing.
.Di dalam nephrotic syndrome, glomeruli atau penapis ini telah rosak atau bocor. Ini menyebabkan lebih daripada 3 gram protein terkeluar melalui air kencing di dalam masa 24 jam setiap hari daripada badan. Ia dikenali sebagai PROTEINURIA yang boleh menyebabkan badan kehilangan banyak protein.

Penyakit neprotic syndrom juga dikenali sebagai penyakit buah pinggang yang mengalami kebocoran. Tanda-tanda yang paling ketara untuk mengetahui bahawa seseorang itu mengidap penyakit ini ialah tubuh badannya akan mengalami bengkak seperti sembab. Ini adalah tanda yang paling ketara. Berlakunya bengkak ini disebabkan buah pinggang tidak dapat berfungsi dengan baik dan air kencing tidak dapat keluar seperti biasa.
.
Tanda lain ialah di dalam air kencing mengandungi kandungan protein. Tanda air kencing mengandungi protein ialah ia akan berbuih seperti sabun. Buihnya banyak sangat.
.
Apabila protein kelua melalui air kencing, maka kandungan protein akan berkurang di dalam badan. Ini akan mendatangkan beberapa masalah seperti darah akan menjadi beku dan akan mudah dijangkiti penyakit.
.
Apabila protein berkurangan, maka hati akan mengeluarkan protein bagi menampung kekurangan protein dalam badan. Maka secara tidak langsung hati juga akan mengeluarkan kolestrol. Itulah sebabnya pengidap penyakit ini akan mempunyai kadar kolestrol yang tinggi dalam darah.

PENYEBAB
.Nephrotic syndrome lebih banyak berlaku di kalangan kanak-kanak berbanding orang dewasa. Penyebab kerosakan glomeruli pada pesakit nephrotic syndrome kebanyakannya tidak diketahui (idiopathic). Ada juga disebabkan oleh jangkitan kuman di dalam darah seperti syphilis, penyakit autoantibodi seperti SLE (Systemic Lupus Erythematosus), penyakit darah sejak lahir seperti sickle cell disease dan Kencing manis.

PATHOPHYSIOLOGYPengeluaran protein melalui air kencing atau PROTEINURIA menyebabkan badan akan kehilangan banyak protein dari dalam darah atau HYPOALBUMINEMIA.
.
Kekurangan protein di dalam salur darah boleh menyebabkanair keluar dari dalam salur darah ke dalam tisu badan. Ini menyebabkan kebengkakan muka, tangan dan kaki yang dipanggil edema atau bengkak air. Hati juga mula menghasilkan lebih banyak lemak di dalam darah sebagai reaksi kehilangan protein maka terjadilah HYPERLIPIDEMIA atau lemak berlebihan di dalam darah.
.GEJALA
.Biasanya, pengidap Nephrotic syndrome menyebabkan pengidapnya menjadi lemah dan tidak bermaya. Kencing mereka menjadi berbuih-buih. Mata dan muka kelihatan bengkak pada waktu pagi setelah bangun dari tidur dan kaki kelihatan bengkak pada waktu petang akibat berdiri. Perut kembung, sakit perut dan cirit-birit juga boleh berlaku.

KOMPLIKASI
.Untuk kanak-kanak, penyakit ini boleh membantutkan pembesaran tubuh dan menyebabkan pesakit dimasukkan ke wad hospital sehingga sembuh.
.Antibodi badan akan menjadi lemah sehingga menyebabkan pesakit mudah terkena jangkitan kuman yang boleh membawa maut. Manakala air yang berkumpul di selaput paru-paru dan tisu badan juga boleh menjadi tempat pembiakan kuman. Ini menyebabkan jangkitan paru-paru dan sebagainya.
.Komplikasi yang menakutkan ialah kegagalan fungsi buah pinggang peringkat akhir atau End Stage Renal Failure (ESRF) di mana buah pinggang tidak lagi dapat berfungsi.
.Darah menjadi pekat kerana air keluar dari salur darah ke tisu berhampiran. Penyakit salur darah seperti salur darah di dalam kaki tersumbat (Deep Vein Thrombosis) boleh berlaku.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan