Khamis, 25 Ogos 2011

Menu yang mesti ada setiap kali ramadhan menjelang..

**entry ni khas untuk kakak saya mala.

Ramadhan menjelang lagi.Semua orang mesti ada menu ramadhan yang selalu mereka beli di pasar ramadhan atau sekarang lebih dikenali sebagai PaRam.Tidak kiralah samada mereka beli di PaRam atau memasak sendiri dirumah,pastinya menu pilihan atau kegemaran sendiri yang akan didahulukan.Begitu juga saya.

Disini saya mahu berkongsi menu kegemaran saya apabila ramadhan tiba.Yang pasti saat berbuka puasa dan bersahur adalah saat yang paling saya nantikan.Dan sudah pasti nasi menjadi pilihan saya tidak kira pada waktu berbuka mahupun bersahur.Memang setiap kali mengadap makanan saya adalah orang terakhir yang akan bangun merangkap orang yang akan mengemas semua pinggan mangkuk.Kadang-kala saya sukarela untuk mengemas dan separuhnya memang saya mengaku tidak ikhlas.hahahhahaha eh lupe tidak boleh ketawa sebab kakak saya komen blog saya tidak menggunakan bahasa melayu tinggi.Jadi sekarang saya akan cuba untuk memuaskan hati dia.

Dibawah terdapat gambar-gambar menu yang mesti saya beli setiap kali ke PaRam.Maksud saya bukan sekali pergi beli semua ok.sekurang-kurangnya saya beli satu menu kegemaran untuk satu hari.Sebagai contoh hari ni beli tauhu sumbat, keesokan harinya saya akan beli tepung pelita pula.

Kite mulakan dengan kuih-muih dan pembuka selera dulu ye,gambar-gambar adalah seperti berikut :



Memang saya peminat nombor 1 tauhu sumbat..

Ini tepung bungkus.Anda suka,begitu juga saya..

Sungguh menyelerakan popia goreng.Saya suka yang rangup,
anda pula bagaimana.Atau anda suka yang basah?
mari sama-sama suka popia..

Saya suka murtabak daging.Terdapat juga murtabak ayam.
Saya suka dicicah dengan kuah bawang warna merah.
Kalau kuah bawang warna kuning saya tak layan.
Kuah kari lagi lah saya tidak suka.




Sekarang kita beralih ke bahagian menu lauk pauk pula.Gambar-gambarnya seperti dibawah :


Saya suka sambal petai campur terung pipit sahaja.
Kulitnya pula tidak dikikis lagi naik selera.
Tapi gambar ini sambal petai sotong.
Ini saje yang dapat saya ambil dari pakcik saya uncle google
yang lain ade watermark saya takut kene saman
hahaha (ketawa sambil letak sapu tangan kat mulut)



Ikan terubuk bakar.Jika sudah siap makan nasi,
saya meratah ikan ini sahaja.


Telur masin.Wajib ada ketika bersahur.
Barulah berselera makan diawal pagi.
tapi jika tiada pun tetap juga sepinggan habis.
kahkah (gelak sambil berlari masuk bilik sambil tutup mulut)

Lupe pulak siapakah yang suka berjogging depan kipas
lepas waktu bersahur?kegilaan apekah???


Kegemaran juga.Jika diganti dengan pajeri nanas pun
tetap berselera ketika menjamah.Saya suka,anda suka?


ok,untuk yang terakhir ini antara air-air kegemaran saya waktu berbuka.Waktu berbuka jika terdapat semua air-air ini mungkin saya tidak dapat menoleh ke kiri dan ke kanan lagi.Saya memang berusaha untuk menghayati momen-momen indah ketika air menyusur membasahi tekak yang tandus seperti sahara.Sungguh mengasyikkan.Jika hendak meminta penampar silalah mengganggu saya pada sessi meminum air-air berikut :



Suke beli pati air tebu macam ini sahaja.
Apabila hendak minum baru isikan ais batu..
Memang nikmat sangat sampai tidak sedarkan diri.
heheheheh (ketawa sambil tutup mulut dengan tisu kotak)


Air jagung dan air soya juga ialah kegemaran saya.
nikmatnya tidak dapat digambarkan dengan kata-kata.

Air bandung.Saya tak suke yang bercampur
dengan cincau.Mengganggu aliran air masuk ke
rengkung.Adakah rakus bunyinya?



Air batu campur.Walaupun bahan-bahannye mengganggu
 juga tetapi saya tetap suka.Teringat zaman-zaman dahulu.
Suka sangat beli Air Kacang.Itu name panggilan manja untuknya
yang saya guna semasa kecil.
 Kesimpulannye,ramadhan memang dinantikan oleh saya kerana pada bulan-bulan lain saya tidak dapat mencari semua ini dengan mudahnya.Juga sangat gembira tatkala dapat berbuka puasa bersama ayahbonda serta semua ahli keluarga apabila ramadahan sudah sampai keakhirnya.Maklumlah dikala itu semua adik beradik wahima yang sudah berkeluarga pun akan pulang untuk merayakan aidilfitri di kampung halaman tercinta bak kata pepatah 'air dicincang tak akan putus'.Motippppp?

Sebelum terlupa,terima kasih yang tidak terhingga kepada pakcik saya iaitu Uncle Google yang banyak membantu saya dikala saya memerlukan beberapa gambar sebagai rujukan untuk menyiapkan kertas kerja ini (sambil bersalam dengan uncle google dan kami sama-sama angguk-anggukkan kepala)

Akhir kata salam ramadhan untuk semua.Selamat Hari Raya Aidilfitri.Maaf Zahir dan Batin.
Dari Mama Ilyasharis sekeluarga.Babai.


*******************************************************************

p/s : entry ni untuk kakak aku mala,nak sangat bahasa melayu tinggi nah hambikkkkk (sambil naikkan kedua2 kening)

p/s/s : kepada adik aku nuar,ko jangan bace sebab ko suke gitewwwww2 kan.kat sini takde hokey.tapi kalau ko dah siap bace pun no hal la.tak kene saman atau bayar denda pun hokey..

p/s/s/s : mase pratonton nih last ok aku bace entry nih.bergelodak weyhh isi perut aku mase bace sebab macam bukan aku yang tulis gitewww.wakakakkakakakakakaka,pitamssssssss

p/s/s/s/s : bape banyak pesanan weh.surat cinta leh la ko nak bagi pesanan bagai sebelum tido suruh pakwe ko cium surat cintun tuh sampai lunyai.tak cium surat nih kite putus hokeyy hahahahhahahahahha.meraban punye cintan cintun zaman sekolah darjah enam bolehla.ok challowww bettyyyyy


              

Rabu, 24 Ogos 2011

projek hari raya kami pun bermula..yabedabeduuuuuuu

lokasi : rumah baru ayahbonda
tarikh : 20 ari lagi nak raya,gile gigih kansss
tugas : opkosla mengecat rumah
pekerja : mala,mie,adik nuar dan supervisornye ilyas hehehe
bos : ayahbonda,aku dan lan..muahahha (sorry aku tak minatss wakakka)
mood : semua dahaga,panas meghelitsss u (sirap ais pun sodap nih)

inilah die projek ari raya yg diketuai oleh M.A.L.A
cekidautttttt

adik nuar dan mie yg suke sangat mengecat
jam 11 malam pun still lagi mengecat..
mie yg dah ala2 indon wat rumah aku tuh..

wakakakaa

hasil kerja mala yg ala2 santekk giteww katenye..
walaupunnnnnnn
mie yg dah tak ketahuan..very the serabutsss
fuhhhh,gile gigih beliau kan..boleh tag gambo
 nih kat awek dier..auwwwwwww seksi kerrr.
.

budak penyebok yg sibuk gile nak mengecat skali padahal
tgh demam dan cirit birit.kejap2 ngecat kejap2 baring..apekah?
ngecat pun sambil duduk tak bermaya giteww..

very the abstract hokey..heheheh
padahal nan hadooooooo

noks,sejak bile ko pakai kasut renda2 riben 
bagai nih..mak koMpius hokey..


bukan cengginikah citarasa kasut ko noks..
hahahhahahahha,kelas ko jah..

ok,sekarang projek ni pun still masih berjalan
nanti kalau dah siap semua
bolehla aku snap dan kasi haplod
ni pun bahagian dalam dah nak settle
cantik la aku tengok
best la berhari raya dengan suasana baru
paling best mak aku la
siap beli meja makan baru ,sofa baru,
kabinet ape ntah bagai semua baru
kelasss ko maks
hahahahhahahah
tetibe maks boleh?

pastu kan
nanti ade mase nak haplod pic kasut
tunggu ye..
adela dalam 10 pasang kasut yg kelas2 gitewww
tak decide lagi tuk pakai sendiri atau jual
sebab kasut semua dari obersi gitewww
nak pakai sendiri pun macam sangap jek
sebab semua 5,6,7 inci gitewww
eh,bile aku nak benti gitewww banyak w nih
dah jadik kegilaan akukah? menciks hokey
*rase nak lempang diri sendiri tanpa henti
hahahhahahaha

oklah
babai uolsssss

Isnin, 22 Ogos 2011

salam takziah

Datuk, Cucu Maut Dalam Nahas Babitkan Tiga Kenderaan
MARAN: Dua maut dalam satu kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 36.5 Jalan Temerloh-Bandar Tun Abdul Razak, berhampiran persimpangan Felda Jengka 17 dekat sini, tengah hari Sabtu.
Pemangku Ketua Polis Daerah Maran ASP Sulaiman Abdul Hamid berkata kemalangan yang berlaku 12.15 tengahari itu menyebabkan pemandu van, Abdullah Senawi, 68, maut di tempat kejadian.

"Turut maut di tempat kejadian ialah cucu Abdullah, Eiman Syazwan Muhamad, 8, manakala isterinya, Patimah Debok, 58, cedera parah dan dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh.

"Kejadian tersebut membabitkan tiga buah kenderaan hanya kira-kira 600 meter daripada persimpangan menuju ke rumah mangsa," katanya kepada pemberita.

Beliau berkata pemandu lori terbabit cedera ringan manakala seorang lagi pemandu van yang turut terlibat dalam kemalangan itu tidak mengalami sebarang kecederaan.

Katanya, berdasarkan siasatan awal, van yang dipandu Abdullah dari arah Bandar Jengka menghala ke Jengka 17, memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan lori terbabit, manakala sebuah lagi van dari arah sama juga gagal mengelak dan turut merempuh kenderaan mangsa. - BERNAMA

    credit to http://mstar.com.my/berita/jenayah/cerita.asp?file=/2011/8/21/mstar_jenayah/20110821113033&sec=mstar_jenayah

    Ahad, 21 Ogos 2011

    panda berkungfu,haip2 hoiiiiii

    haha
    cite lame yg berdarah kembali
    wahhh takde la darah2 bagai ok
    aku sesaje kelentong
    malam2 ni otak tak berapa nak fresh
    so ayat adalah merapu meraban merepek sajoooo
    senang cakap otak tak berapa nak centre wakakakka
    pitamssss

    saje nak post gambo mase gi tengok movie rituh
    lameee dah pun gi
    atas request ilyas mau nonton ini cirita
    aku mase kecik idokle request tengok wayang
    mintak belikan beg sekolah baru adelah
    *motip tetibe nak tunjuk aku baik mintak beg skolah gitewww
    hollahhhh2 moh kite berkungfu panda mohhhhhh

    satu petang tuh takde keje
    aku pun dok godek2 gambo kat hp
    tetibe tejumpe ini gambo
    tengok gambo keletah anak2
    sambil hatiku berbunga riang ewahhhh
    mehla aku publish ini cirita wokeyy
    sebab aku nak gelak soraM-soraM tengok gelagat ilyas
    sungguh spontan dan kelakauuu
    sukati beliaw jerr

    hehehehhehh ilyas wat lawak

    
    hahahahahha ilyas punye perangai~~same tak
    same takkkkkkkkk
    

    
    jadi ultraman suda.lame sangat tunggu nak masuk
    tengok wayang,ilyas dah naik boring katenye hehe
    
    ntah bile tarikh pun aku tak ingat dah
    saje bawak anak2 tengok cite kungfu panda
    selakkkk ok ilyasharis ketawa dalam panggung tuh
    siap aku jeling2 jer cakap 'gelak pelan2 ok'
    tetibe ade budak kat belakang aku tuh sebaya ilyas
    kemain gelak tak hengat
    pastu aku ckp kat ilyas
    'wokey,boleh gelak kuat2 sampai lupe diri'
    miahahahhahaha

    actually aku sebenarnye nak tengok movie lain
    tapi beralah la demi anak2 ku sayang kanssss
    tengok cite nih opkosla aku jadik tak berapa nak fokus
    dengan budak yg belakang aku tuh bising gile
    tak lawak pun die gelak hokeyyy 
    nak jek aku sound pasnih wat panggung sendirik ye
    anty wahhh anty gitu
    'anty tak nak la marah sebab u budak kecik lagi..
    tapi kalau over giler gelak macam nih,
    silap2 ari bulan ade yg kene goncang kepala nih'

    wakakkakakaa
    motip aku wat yg aku tengah cakap tu ape hal?
    padahal aku tak tegur pun budak tuh
    marah manje2 dalam ati jerrr
    pastu motip nak goncang kepala anak orang ape hal?
    sile goncang kepala sendirik bagi centre dulu muahaha
    entry gilo di malammmmm hari
    har har harrrr 
    ok la nak babai dah nih
    haip-haip hoiii wattchaaa

    
    tata~~
    

    Jumaat, 19 Ogos 2011

    tell me..tell me whyyyyy

    alahai
    susah bebenau nak haplod gambo kenape weyyyhh
    haplod 8 pic semuanya out
    terai lagik sangkutla 2 pic
    tapi gambo separuhhh
    uwaaa daku kiciwaaaaa
    dekat 2 jam sudah aku ngadap cik kom nih
    penat suda~~~

    tengah banyak idea la jadik cenggini
    mase idea yillek senang amatla nak haplod kennns
    tengah idea membuak-buak nih
    amikko 'ditolak pelayan'
    cisssssssss
     
    agak2 aku sorang jek ke kene ekkkk
    atau korang semua pun kene
    *nak jugak tu orang lain kene gak kan wahahaha pitamsss

    aku sekarang tengahhhh
    geremmmmmm amat neh~~
    takpelah,gua mau terai lagik
    challowwwww

    Ahad, 14 Ogos 2011

    pecal buatan sendiri dan aku yg gile merepek...mungkin sebab lapar otak jadik tak berapa nak center wakakaka

    Miahahahahaha
    memang aku ni pelik2 agaknye
    ataupun ade gak orang lain yg pelik dari aku kot
    merapu gile kan hahahahha


    gini citenye
    aku ni tingin sangat nak bebuka makan pecal
    so ke pasar ramadhan beli pecal
    ohw kami bebuka memang makan lite2 jek
    kuih2 sajooooo
    ni kebiasaan laki aku la yek
    pas tarawih nanti barula makan nasi
    so selalunye aku start memasak pas maghrib la
    bolehla rase2 lauk aku tu macam mane
    kadang2 pun ade gak aku tambah2 gak lauk beli
    hehehhe

    kadang2 aku ikut gak laki aku tuh
    makan nasi pas tarawih
    tapi kalau datang angin kus2 aku nak makan nasi
    aku prepare gak nasik tuk diri sendirik

    ok,kembali ke cerita asal
    gile panjang punye aku melalut kan
    konon2nye nak bebuke makan pecal je la kan
    suap jek alamakkkkk
    manis gile ok
    aku dahla tak masuk makan benda2 manis nih
    better pedas dari manis
    tapi kalau pedas sajo masin tak memang ilang napsu la aku nak makan
    ishhh ke memang aku ni super duper cerewet
    tak kot sebab ni makanan tuk berbuka kan
    harusla menepati citarasa aku yg dah sememeh menanggung lapar nih
    kebetulan memang tak sahur malam tadi
    bukan tak terjaga tapi takde mood nak makan nasi
    tengah lapar semangat gile nak melantak nih
    mak ai dapat lak pecal manis
    memang potong stim betol ok
    so berbuka makan murtabak,tauhu sumbat dan kuih lite2 sajooooooo
    tapi dalam hati tengok la esok
    aku nak wat sendiri pecal yg sedap dan pedas gitewww
    ntah kat sape la aku berdendam konon.gilo heh
    yg penting sedap kerrrr hahahhahaha 
    (sile lempang diri sendiri sebab tulis gitu ade w dan mengaku pecal sendiri sedap wakakkakakaka)
    pitamssss


    ok ni menu bukak pose ari ke13
    cakap menu semalam je kan senang miahahhaha
    dipersembahkan..taraaaaaa







    
    tengah dok haplod gambo nih
    tetibe teliur lak tengok miahahahha
    tengok jam lambatttt lg maghrib tu
    uwaaaaa lapaoooooooo
    ok,tata

    Jumaat, 12 Ogos 2011

    memule sedih..pastuh jadik baran,samdolll betol

    Adik relapse lagi neprotic syndrome.untuk yang ketiga kalinya.start 27/7 ari tu urine adik dah 2+,muka pun makin naik bengkak.so dah 3 ari macam tu jugak 29/7 aku pun start mengemas baju dan terus ke kecemasan hospital *******.tak sempat pun masuk zon kecemasan jumpe doktor sebab tengah daftar tu diorang tengok adik bengkak sangat terus masuk zon kritikal.doktor tengok adik dan terus daftar wad.baju adik dan aku memang dah awal2 standby sebab dah tau konfem masuk wad.
    
    b4 gi hospital,sedih tengok muka haris.
    mama tgh kemas2 baju...
    Masuk je wad,adik kene masuk ubat albumin,ubat kuarkan kencing dan mesin tuk cek jantung ape semua.segala macam mesin dok lekat kat katil adik.nangis dan meraung-raung adik mase doktor cucuk adik wat line tuk masuk ubat.abisla kaki,tangan,pelipat siku dan semua la urat yg doktor nampak dicucuknye...abahnye  macam nak marah2 gak sebab banyak gile kesan tak dapat cucuk urat plus kesan depe ikat tangan adik seketat-ketatnye kesan.aku cakap kat die sabar,lame lagi adik dok kat sini bang....esok lak adik macam batuk2 dan sejuk2 kaki tangan.biru2 kaki dan tangan adik.so doktor bagitau adik neprotic syndrome with pneumonia.sedih gile aku dengar.kuatnye dugaan untuk adik kali ni.
    esoknye doktor bawak adik tuk di x-ray dan katenye memang konfem ade jangkitan kuman kat paru2.patutla urine adik pun ade kuman katenye.pastu 2 kali jugakla doktor amik darah adik tuk cek blood culture.dapat je semua result tu adik terus kene pasang wayar oksigen kat hidung 24jam.petang skit baru doktor cakap nak bagi jugak adik nap (cekup oksigen yg macam org lelah) selang 6 jam.ubat antibiotik pun doktor tak bagi pakai mulut.doktor nak masuk ikut tangan selang 4 jam.dan jugak setiap pagi kene start puasakan adik jam 7 pagi sampai 9 pagi untuk sedut kahak setiap hari.aku sempatla jeling2 tengok wayar tu mase anta adik kat bilik,panjang jugakla tuk sedut adik punye kahak.adik cakap die cucuk kat mulut dan 2 lubang hidung adik.sakit adik cakap,sedih aku dengar...adik tunjuk kat lidah die pun ade kesan luka berdarah..sedihnye hati aku tengok adik...dahla 6 ari sedut kahak.hari ke7 aku sendiri yang mintak kat doktor stop sedut kahak.bayangkan adik lalui semua procedure ni dari berat adik 14.5kg sampai adik hilang bengkak dan dapat balik berat asal 12.8kg dan turun lagi sampai 11kg mase dapat discharge tu.so sad la.....
    Startla aku menyambut ramadhan di hospital.setiap hari kul 5 pagi adik kene amik urine dan timbang. kul 4 adik kene masuk ubat dan pas siap aku terus turun bawah beli makanan tuk sahur.kadang2 bawak adik sekali dan kalau die tido je terus sebab penangan ubat tu aku turun sorang2 jek..bukan beli makanan tuk aku sahur jek plus bungkus tuk stanby adik makan bile die lapar pas sedut kahak nanti around 10am.berpuase kat sini macam tak terasa sangat penatnye.dengan air-cond yg sedia kuat,penat dengan jadual adik yg gile padat dan macam2 lagilah.siang tak payah cakaplah kan macam2 nak dibuatnye.dahla dok kat tempat open depan misi tu.kirenye tempat untuk pesakit2 yg teruk2 la.macam2 kejadian yang kelam kabut aku tengok..malam lagilah, kul 12 adik kene masuk ubat,kul 4 masuk ubat lagi,kul 5 amik urine adik sekali timbang.jadik agak2 kul bape aku leh tido...;(
    Ari ke 9 adik dah sihat sepenuhnye.kaki dan tangan penuh kesan2 cucuk sebab pas 2 ari je tangan atau kaki adik mesti bengkak so kene tukar line baru.aku ingat lagi ari ke 7 tangan adik bengkak gile terus doktor bukak line tu.doktor nak wat line baru.aku cakap mane ade urat dah yg nak dicucuk.abis dah semua tempat dan urat dicucuknye.doktor pun cek kaki dan tangan adik dan memang katenye takde tempat dah.aku ckp bagi jelah die makan ubat pakai mulut.die pun dah sihat.but doktor tetap mintak last peluang nak cucuk kat pelipat siku kiri sebab pelipat siku kanan dah ade.geram betul aku mase tuh...lame jugakla die pujuk aku kat katil tu,waktu tu malam dalam 11pm.dan last aku jawab ok.terus die cakap time kasih ye mak sebab bagi kerjasama...ok,fine...ni last ye aku jawab.aku yg dengar adik meraung2 kat dalam bilik mase kene cucuk tu rase macam nak tendang2 terajang2 jek pintu tapi nak wat macam mane kan...dugaan

    hari ke3 abg ilyas datang melawat bawak sup ayam.haris pebret...
    
    hari ke4 haris dah boleh happy2.alhamdulillah syukur..
    taktau plak esoknye haris jadi teruk rupenye...
     Ari ke 10 adik dah ok so aku pun dapat surat discharge wad.gembira hati rase macam nak loncat2 jek.pastu doktor cakap boleh balik pas abis ubat last kul 6pm.aku ok je kol encik suami suruh amik jam 7pm.tetibe doktor cakap ubat last kul 12pm ye mak.eh,mane yg betul ni..pelik aku kejap jam 6,kejap jam 12..barang semua siap dah aku kemas.ubat pun dah amik.surat discharge pun dah lame aku dapat...siap je ubat yg jadual kul 12 masuk dalam badan adik,jarum @line kat pelipat siku adik pun depe bukak.aku cakap jangan bukak lagi sebab aku tak confem ni ubat last ke tak.takut ubat yg kul 6 ade lagi.tak kak,ubat kul 12 ni last..kami bukak ye jarum ni.aku pun ok,fine..bukakla lagi bagus,aku pun mmg tak sabar nak balik sesangat nih..tetibe datang nurse lain ckp ade ubat kul 6.tanye sape yg bukak line tu.takkanla aku yg bukak ye dok.aku takla segila tuh hokeyy nak bukak sendiri.aku ckp nurse la yg bukak.abis kat situ,aku cakapla nak wat pembayaran macam mane.die ckp gi kat unit hasil tunjuk gelang anak akak tu je dan boleh bayar.aku tanye kene anta resit bil kat atas ke macam selalu tak payah katenye...so aku siap bayar dan balik...
    Tetibe dapat call dari sorang pompuan yg marah2 katenye ’saya dari wad *****.puan dah melanggar etika hospital,lari dari hospital dan tak abiskan ubat last.datang balik dan kami nak cucuk anak puan .wat line semula dan abiskan ubat last tu baru boleh balik’
    HELLOOOOOOOOO.Kepala hotakkkkkk la.dahla ko call aku terus marah2.mane pegi PR ko...ko tak boleh cakap baik2 ke samdol.hampehhhbetol la.dahla korang yang bukak line kat tangan anak aku,ade hati tu nak isi line balik.ko gi cucuk tangan ngan kaki ko sendiri la bagi hancur...dah la siap bagi tau wat pembayaran pakai gelang yang anak aku pakai dan siap jawab soalan aku takpayah resit bil pembayaran tu macam selalu.mase tu ko tak cakap plak kat aku jangan balik.gile ke hapeeee....aku memang marah tahap gaban.claim aku lari dari hospital,hampehhh tol  la,aku ade surat discharge hokeyyyyyy.ade hati suruh aku datang balik,MEMANG TAK LAAAAAAAA KANNNN
    
    hari ke9 adik makin kurus.stress asyik cucuk tangan kaki n sedut
    kahak tiap pagi agaknye..tangan atas line baru,line yg kontroversi tu.
    tangan bawah bekas line lame yg bengkak gile mcm katak kembonggg
    
    hari ke10,adik kurus gile tinggal 11kg je..sian tgk haris.
    mama tengah kemas2 sebab dah nak balik,yahoooo
    
    Fine,aku akui memang nanti2 bile adik relapse aku akan datang balik sini.but tolongla hormat sesame manusia ok..penting sekali mulut tu kene jage.janganla senang2 nak marah2 orang tak tentu hala.pape hal siasatla dulu hokeyyy.tu la bile kite komplen cakap kau takde pr kau tau marah kan.tapi dah kau yang service orang kenala berdiplomasi sikit.aku ni walaupun berkeras tak bagi dah adik dicucuk,tapi bile dengar doktor tu pujuk bebaik dan cakap something nasihat aku,hati aku pun lembut gak.sapelah yang taknak anak sihat betul tak.semua mak kat dunia ni nak anak die sihat,tetibe aku emo ok..sob2.sambung balik hahaha gilo.betullah orang cakap kadang2 kite jugak perlu berkeras tuk pertahankan hak kita selagi ianya tak melampaui batas..
    Kesimpulannya,wah siap ade kesimpulan ok...pr kene la ade kan.kenela jaga mulut betul dok.bak kate pepatah kerana mulut badan binasa.pada aku komunikasi yang bagus tu penting untuk kerjasama yg berpanjangan.owhhh ’karangan’ni kalau masuk exam sure markah banyak punye sebab siap buh pepatah lagi kan..hehehhe
    Ok,sampai kat sini.akhir kate aku ni bukanlah bagus sangat tapi aku berusaha tuk perbaiki diri.yg baik datang dari ALLAH,yang jahat tu aku sendiri punye kelemahan ok.doakan haris cepat sembuh ye semua..babai


    *2nd relapse.warded 29 jun-8 ogos 2011

    
    
    selepas 5 ari dok rumah..haris kembali sihat dan gembira..
    gambar baru snap tadik,makan je kejenye sekarang.
    ape2 pun,syukur alhamdulillah..
     yg ni betol2 punye babai ok
    babai..hehe