Ramadhan menjelang lagi.Semua orang mesti ada menu ramadhan yang selalu mereka beli di pasar ramadhan atau sekarang lebih dikenali sebagai PaRam.Tidak kiralah samada mereka beli di PaRam atau memasak sendiri dirumah,pastinya menu pilihan atau kegemaran sendiri yang akan didahulukan.Begitu juga saya.
Disini saya mahu berkongsi menu kegemaran saya apabila ramadhan tiba.Yang pasti saat berbuka puasa dan bersahur adalah saat yang paling saya nantikan.Dan sudah pasti nasi menjadi pilihan saya tidak kira pada waktu berbuka mahupun bersahur.Memang setiap kali mengadap makanan saya adalah orang terakhir yang akan bangun merangkap orang yang akan mengemas semua pinggan mangkuk.Kadang-kala saya sukarela untuk mengemas dan separuhnya memang saya mengaku tidak ikhlas.hahahhahaha eh lupe tidak boleh ketawa sebab kakak saya komen blog saya tidak menggunakan bahasa melayu tinggi.Jadi sekarang saya akan cuba untuk memuaskan hati dia.
Dibawah terdapat gambar-gambar menu yang mesti saya beli setiap kali ke PaRam.Maksud saya bukan sekali pergi beli semua ok.sekurang-kurangnya saya beli satu menu kegemaran untuk satu hari.Sebagai contoh hari ni beli tauhu sumbat, keesokan harinya saya akan beli tepung pelita pula.
Kite mulakan dengan kuih-muih dan pembuka selera dulu ye,gambar-gambar adalah seperti berikut :
Memang saya peminat nombor 1 tauhu sumbat.. |
Ini tepung bungkus.Anda suka,begitu juga saya.. |
Sungguh menyelerakan popia goreng.Saya suka yang rangup, anda pula bagaimana.Atau anda suka yang basah? mari sama-sama suka popia.. |
Saya suka murtabak daging.Terdapat juga murtabak ayam. Saya suka dicicah dengan kuah bawang warna merah. Kalau kuah bawang warna kuning saya tak layan. Kuah kari lagi lah saya tidak suka. |
Sekarang kita beralih ke bahagian menu lauk pauk pula.Gambar-gambarnya seperti dibawah :
Ikan terubuk bakar.Jika sudah siap makan nasi, saya meratah ikan ini sahaja. |
Kegemaran juga.Jika diganti dengan pajeri nanas pun tetap berselera ketika menjamah.Saya suka,anda suka? |
ok,untuk yang terakhir ini antara air-air kegemaran saya waktu berbuka.Waktu berbuka jika terdapat semua air-air ini mungkin saya tidak dapat menoleh ke kiri dan ke kanan lagi.Saya memang berusaha untuk menghayati momen-momen indah ketika air menyusur membasahi tekak yang tandus seperti sahara.Sungguh mengasyikkan.Jika hendak meminta penampar silalah mengganggu saya pada sessi meminum air-air berikut :
Suke beli pati air tebu macam ini sahaja. Apabila hendak minum baru isikan ais batu.. Memang nikmat sangat sampai tidak sedarkan diri. heheheheh (ketawa sambil tutup mulut dengan tisu kotak) |
Air jagung dan air soya juga ialah kegemaran saya. nikmatnya tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. |
Air bandung.Saya tak suke yang bercampur dengan cincau.Mengganggu aliran air masuk ke rengkung.Adakah rakus bunyinya? |
Air batu campur.Walaupun bahan-bahannye mengganggu juga tetapi saya tetap suka.Teringat zaman-zaman dahulu. Suka sangat beli Air Kacang.Itu name panggilan manja untuknya yang saya guna semasa kecil. |
Sebelum terlupa,terima kasih yang tidak terhingga kepada pakcik saya iaitu Uncle Google yang banyak membantu saya dikala saya memerlukan beberapa gambar sebagai rujukan untuk menyiapkan kertas kerja ini (sambil bersalam dengan uncle google dan kami sama-sama angguk-anggukkan kepala)
Akhir kata salam ramadhan untuk semua.Selamat Hari Raya Aidilfitri.Maaf Zahir dan Batin.
Dari Mama Ilyasharis sekeluarga.Babai.
*******************************************************************
p/s : entry ni untuk kakak aku mala,nak sangat bahasa melayu tinggi nah hambikkkkk (sambil naikkan kedua2 kening)
p/s/s : kepada adik aku nuar,ko jangan bace sebab ko suke gitewwwww2 kan.kat sini takde hokey.tapi kalau ko dah siap bace pun no hal la.tak kene saman atau bayar denda pun hokey..
p/s/s/s : mase pratonton nih last ok aku bace entry nih.bergelodak weyhh isi perut aku mase bace sebab macam bukan aku yang tulis gitewww.wakakakkakakakakakaka,pitamssssssss
p/s/s/s/s : bape banyak pesanan weh.surat cinta leh la ko nak bagi pesanan bagai sebelum tido suruh pakwe ko cium surat cintun tuh sampai lunyai.tak cium surat nih kite putus hokeyy hahahahhahahahahha.meraban punye cintan cintun zaman sekolah darjah enam bolehla.ok challowww bettyyyyy
Tiada ulasan:
Catat Ulasan