sedih sangat
salam takziah untuk keluarga besan mak aku
harap2 abg long aku dan semua keluarganya tabah hadapi dugaan berat ini
kehilangan datuk dan cucu serentak
dan nenek masih kritikal di hospital
innalillah,semoga semua roh ditempatkan dikalangan orang2 yg beriman
Al-Fatihah.
amin....
updated: nenek @besan mak aku pun dah meninggal dan dikebumikan pagi ni 22/08/2011.Innalillah,semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang2 yg beriman.Al-Fatihah,amin.
**********************************************************
Ahad Ogos 21, 2011

Datuk, Cucu Maut Dalam Nahas Babitkan Tiga Kenderaan
MARAN: Dua maut dalam satu kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 36.5 Jalan Temerloh-Bandar Tun Abdul Razak, berhampiran persimpangan Felda Jengka 17 dekat sini, tengah hari Sabtu.
Pemangku Ketua Polis Daerah Maran ASP Sulaiman Abdul Hamid berkata kemalangan yang berlaku 12.15 tengahari itu menyebabkan pemandu van, Abdullah Senawi, 68, maut di tempat kejadian.
"Turut maut di tempat kejadian ialah cucu Abdullah, Eiman Syazwan Muhamad, 8, manakala isterinya, Patimah Debok, 58, cedera parah dan dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh.
"Kejadian tersebut membabitkan tiga buah kenderaan hanya kira-kira 600 meter daripada persimpangan menuju ke rumah mangsa," katanya kepada pemberita.
Beliau berkata pemandu lori terbabit cedera ringan manakala seorang lagi pemandu van yang turut terlibat dalam kemalangan itu tidak mengalami sebarang kecederaan.
Katanya, berdasarkan siasatan awal, van yang dipandu Abdullah dari arah Bandar Jengka menghala ke Jengka 17, memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan lori terbabit, manakala sebuah lagi van dari arah sama juga gagal mengelak dan turut merempuh kenderaan mangsa. - BERNAMA

Tiada ulasan:
Catat Ulasan