Jumaat, 29 April 2011

jahat bangat kamu ya...

pepagi yg hening mak aku kol...
wahhh hening gitu
pagi jumaat kan,sejuk dan nyaman jerrr
ok begini perbualannye heheheh sungguh skema.
haruslah..

'tau tak pasal 3 orang perompak yg mati kene tembak tu.
tak tahu mak (kes tak tengok berita semalam hehe).
gi kuar beli paper,bace pasal peneroka jengka 18 kene rompak.
mati tak orang yg kene rompak tuh mak.
takkk,yg mati perompak tu,kan dah cakap tadi..
oooo,hehehe tak pasan...syukur alhamdulillah.
nak tau gi la beli paper..bace sendiri hahahhaha.
hahahhaha wokey mak roger..bye.'


padan muke perompak2 tuh
geram hakuuu
ko takde keje lain ke haaa
sia2 je mati kat sini
wat la keje yg berfaedah sikit
carik duit halal,hantar balik ke sana
ohhh,tak gune mak syarah2 tarbiah bagai
dah mati pun kan.
maleh nak hangin2 dan cite panjang..
jom bace....cekidauttt yo

 

3 penyamun mati ditembak polis





SHARIFUDDIN menunjukkan sebahagian daripada senjata yang dirampas daripada tiga perompak pada sidang akhbar di Maran, Pahang semalam.


MARAN – Tiga penyamun warga Indonesia yang cuba menyerang polis dengan parang selepas dikejar sejauh empat kilometer berhampiran Felda Jengka 18 di sini semalam mati ditembak.
Dalam kejadian pukul 3.40 pagi itu, ketiga-tiga lelaki yang menaiki kereta curi Perodua Viva mati di tempat kejadian.
Sejam sebelum itu, tiga suspek yang berusia 20 hingga 40-an menyamun sebuah rumah milik pembekal baja di kawasan itu.
Mangsa yang berusia 58 tahun diikat dengan wayar ampaian manakala mata ditutup dengan tuala.
Ketua Polis Pahang, Datuk Sharifuddin Ab. Ghani berkata, sebelum kejadian itu, polis yang menjalankan rondaan bertembung dengan sebuah kereta Viva menggunakan nombor pendaftaran palsu dalam keadaan mencurigakan.
“Anggota polis telah mengarahkan suspek supaya berhenti tetapi pemandu kereta itu terus memecut menghala ke arah Felda Jengka 18.
“Kita terpaksa mengejar suspek sejauh empat kilometer sebelum kereta yang dipandu penjenayah itu hilang kawalan dan merempuh pokok kelapa sawit,” kata beliau pada sidang akhbar di sini semalam.
Menurut Sharifuddin, anggota polis kemudian menghampiri kereta Viva itu dan memperkenalkan diri tetapi tiga penjenayah dalam kereta itu bertindak kasar dan menyerang anggotanya dengan parang.
Ekoran itu, polis terpaksa melepaskan beberapa das tembakan menyebabkan ketiga-tiga suspek mati ditempat di kejadian.
Polis percaya tiga suspek itu aktif melakukan samun bersenjata di sekitar Jengka dan terlibat dalam dua kes rompakan di Kuantan.

kredit : kosmo.com.my


p/s:berbuat baik dibalas baik..wahhh siap ade pesanan lagik kan
Daaaaaaaaaa

Tiada ulasan:

Catat Ulasan